Berang makanan dicemari, tiga lelaki lempar anjing dalam sungai buaya

Berang makanan dicuri, tiga lelaki lempar anjing dalam sungai buaya

TANGKAP layar video yang menunjukkan dua pelaku menangkap dan melemparkan seekor anjing ke dalam sungai yang dipenuhi buaya di Nunukan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Sekumpulan lelaki di Nunukan, Kalimantan Utara tergamak melemparkan anjing ke dalam sungai yang dipenuhi dengan buaya.

Ketua Polis Nunukan, Taufik Nurmandia mengesahkan kejadian itu dan memberitahu ia berlaku di sebuah premis industri di Sembakung.

Kata Taufik, anjing itu masuk ke dalam premis berkenaan bagi mencari makanan.

“Kumpulan lelaki tersebut marah kerana anjing itu mengambil makanan mereka, lalu menangkap haiwan itu dan melemparkannya ke dalam sungai.

“Dalam kejadian ini, terdapat tiga lelaki yang disyaki terlibat,” katanya seperti yang dilaporkan Detik.com.

Jelas Taufik, insiden itu terbongkar selepas video yang dirakam seorang daripada suspek tular dalam media sosial.

Dalam video tersebut, tidak lama selepas anjing itu dilempar ke dalam sungai, ia terus disambar sang bedal.

Selepas video itu tular, ketiga-tiga lelaki berkenaan ditahan oleh pengawal keselamatan premis industri tersebut dan dibawa ke balai polis.

Kejadian itu mendapat kecaman daripada pelbagai pihak termasuk pertubuhan perlindungan haiwan dan Kementerian Badan Usahawan Milik Negara (BUMN).

Menteri BUMN, Erick Thohor dalam satu kenyataan menegaskan, kesemua pelaku insiden itu perlu dikenakan tindakan tegas.

“Saya sendiri pencinta haiwan dan bila perkara ini berlaku, saya tidak boleh hadam. Kenapa ada manusia yang begitu kejam?

“Saya harap, kesemua pelaku akan dikenakan tindakan tegas,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN