Arab Saudi sambut Aidiladha 28 Jun   - Utusan Malaysia

Arab Saudi sambut Aidiladha 28 Jun  

ANAK bulan Zulhijah dilihat di Arab Saudi, semalam. - AGENSI   
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Umat Islam di Arab Saudi akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 28 Jun ini.

Tarikh itu ditetapkan selepas anak bulan Zulhijah dapat dilihat di Balai Cerap Tamir, di negara itu.  

Perkara itu diumumkan oleh Mahkamah Agung Arab Saudi dalam satu kenyataan.

“Maka, ibadah haji akan bermula pada 26 Jun dengan Hari Arafah jatuh pada 27 Jun,” jelas kenyataan itu.

Bagi umat Islam yang tidak menunaikan haji pada tahun ini akan menyambut Aidiladha pada 28 Jun. 

Sementara itu, negara-negara lain di Asia Tenggara termasuk Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia akan menyambut Aidiladha pada 29 Jun ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN