Angka korban bot karam di Greece meningkat 79 orang

Angka korban bot karam di Greece meningkat 79 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KALAMATA: Sekurang-kurangnya 79 pendatang maut selepas bot dinaiki mereka karam di perairan Peloponnes di Greece.

Perkara itu dimaklumkan oleh pengawal pantai Greece di tengah-tengah kebimbangan tercetus bahawa angka kematian itu boleh meningkat lebih tinggi lagi.

Menurut pengawal pantai Greece, kira-kira 100 pendatang berjaya diselamatkan.

Dilaporkan, sebuah bot nelayan yang sesak dengan kumpulan pendatang itu, karam di perairan antarabangsa di Laut Ionian.

Situasi itu mendorong pelaksanaan operasi menyelamat secara besar-besaran yang menjadi sukar akibat cuaca buruk.

Saluran TV ERT melaporkan terdapat kebimbangan mengenai keselamatan golongan wanita dan kanak-kanak memandangkan kebanyakan mangsa terselamat adalah lelaki.

Seorang mangsa yang terselamat dalam kejadian itu mendakwa kira-kira 100 kanak-kanak berada di ruang simpanan barang di dalam bot tersebut.

Dalam pada itu, jurucakap pengawal pantai, Nikolaos Alexiou mengesahkan bot terbabit sarat dengan kumpulan pendatang.

“Bot nelayan itu berukuran 25 hingga 30 meter panjang. Geladaknya penuh dengan orang,

“Jadi, kami mengandaikan ruang simpanan barang dalam bot itu juga sarat dengan pendatang,” katanya.

Sementara itu, jurucakap kerajaan, Ilias Siakantaris berkata, terdapat laporan mendakwa kira-kira 750 orang menaiki bot itu.

Bagaimanapun, kata beliau, laporan itu tidak dapat disahkan.

“Kami tidak pasti apa yang terdapat dalam ruang simpanan barang dalam bot itu.

“Namun, kami tahu penyeludup sering mengurung orang di ruang itu untuk mengawalnya,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN