21 jemaah Indonesia meninggal dunia di Tanah Suci

21 jemaah Indonesia meninggal dunia di Tanah Suci

DANTE SAKSONO HARBUWONO  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Timbalan Menteri Kesihatan Indonesia, Dante Saksono Harbuwono mengesahkan jumlah jemaah haji dari negara ini yang meninggal dunia di Tanah Suci mencecah seramai 21 orang setakat ini.

Lapor Kompas, menurut Dante Saksono, jumlah itu merupakan yang tertinggi direkodkan sejak empat tahun lalu ketika penganjuran ibadah haji memasuki hari ke-15.

Tahun lalu, jumlah jemaah yang meninggal dunia sehingga hari terakhir penganjuran ibadah haji mencecah 89 orang.

“Berdasarkan penilaian, seramai 21 jemaah haji meninggal dunia setakat ini, jumlah itu merupakan yang tertinggi dalam tempoh empat tahun lalu.

“Kami berharap agar bilangan ini tidak bertambah dan akan berusaha sedaya mungkin,” katanya selepas menghadiri mesyuarat dengan Menteri Penyelaras Bidang Pembangunan Manusia dan Kebudayaan, Muhadjir Effendy.    

Jelas beliau, antara usaha dilakukan adalah mengerahkan pekerja kesihatan di Tanah Suci.

Katanya, jumlah petugas kesihatan sedia ada kini mencecah seramai 1,917 orang yang merangkumi pengamal perubatan, doktor pakar dan jururawat.

Menurutnya, kumpulan petugas kesihatan itu akan membantu memeriksa dan merawat para jemaah berkanaan.

Kata beliau, pihaknya juga akan mengerahkan pakar psikologi dan psikiatri sebagai tambahan petugas perubatan.

Tambah Dante, kakitangan dan pegawai perubatan amat diperlukan memandangkan kumpulan jemaah haji warga emas tahun ini adalah yang paling tinggi.

“Jumlah jemaah haji warga emas berusia 60 tahun ke atas mencecah 66,943 atau 45.7 peratus daripada kuota 2023 Indonesia,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya