11 maut, 20 hilang akibat taufan di selatan Brazil - Utusan Malaysia

11 maut, 20 hilang akibat taufan di selatan Brazil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAO PAULO: Sekurang-kurangnya 11 mangsa maut di negeri Rio Grande do Sul, selatan Brazil, selepas taufan tropika melanda wilayah itu sejak Jumaat lalu.

Ribut itu membawa hujan lebat dan usaha pencarian menggunakan helikopter diteruskan di kawasan dilanda banjir bagi mengesan 20 lagi mangsa yang hilang, kata kerajaan Rio Grande do Sul dalam kenyataan.

Gabenor Rio Grande do Sul, Eduardo Leite, berkata kawasan paling teruk terjejas akibat taufan ialah pekan Caraa, dengan lebih 8,000 penduduk.

“Keadaan di Caraa amat membimbangkan, penting bagi kita menyelaras usaha bagi mengesan kawasan paling terjejas dan mengenal pasti mereka yang memerlukan bantuan segera,” katanya selepas melawat kawasan berkenaan.

Jumaat lalu, Maquine, daerah di pesisir pantai timur Brazil, menerima hampir 0.3 meter hujan dalam tempoh sehari, menurut pihak berkuasa.

Kata Leite, sebahagian besar penduduk di kawasan terjejas kni berlindung di kompleks sukan di kejiranan masing-masing.

“Pihak berkuasa juga mengeluarkan amaran risiko tanah runtuh di beberapa kawasan dan sudah melaksanakan 2,400 operasi menyelamat sejak dua hari lalu.

“Objektif utama kami sekarang ialah untuk melindungi dan menyelamatkan nyawa manusia, kami masih menemui mangsa yang terkandas, mencari orang hilang dan memberi sokongan kepada keluarga mangsa,” katanya.

Banjir besar dengan kesan buruk semakin menjadi perkara biasa di Brazil yang sememangnya sering berdepan ancaman banjir sudah berdekad lamanya. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN