Turkiye selesai bawa pulang rakyat dari Sudan

Turkiye selesai bawa pulang rakyat dari Sudan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Kerajaan Turkiye memaklumkan pihaknya sudah selesai membawa pulang rakyatnya yang terkandas di Sudan.

Lapor Agensi Anadolu, menurut Kementerian Luar dalam satu kenyataan, operasi evakuasi yang bermula 23 April sudah berakhir pada 1 Mei lalu.

“Lebih 1,700 warga Turkiye dan kira-kira 300 rakyat dari 22 negara lain meminta bantuan untuk membawa pulang mereka dengan selamat dari Sudan,” jelas kenyataan itu.

Tambah kementerian, keselamatan warga Turkiye menjadi perhatiaan utama semasa operasi evakuasi berkenaan.

Malah, jelas kementerian itu, pihaknya menggunakan segala medium pengangkutan sedia ada menerusi laluan jalan raya, udara dan laut sepanjang operasi pemindahan rakyat itu.

“Permintaan evakuasi selanjutnya daripada warga Turki di Sudan juga akan dinilai.

“Turkiye ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua negara yang menyumbang tenaga dalam operasi itu khususnya Ethiopia, Mesir, Sudan dan Arab Saudi,” jelas kenyataan itu.

Pertempuran yang berlanjutan selama beberapa minggu antara angkatan tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) sudah mengorbankan lebih 500 orang dan mencederakan ribuan lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN