Tiga negara berhasrat jadi rakan kongsi ASEAN

Tiga negara berhasrat jadi rakan kongsi ASEAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANGGARAI BARAT: Sejumlah negara menzahirkan hasrat untuk menjadi rakan kongsi blok Asia Tenggara (ASEAN) bagi menjalin lebih banyak kerjasama dua hala.

Pengarah Kerjasama ASEAN di bawah Kementerian Luar Indonesia, Sidharto Suryodipuro berkata, antara negara itu termasuk Arab saudi, Panama dan Sepanyol.

Katanya, perkara itu disampaikan ketika Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN (SOM) kelmarin.

SOM merupakan sebahagian daripada acara dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-42 yang berlangsung di Labuan Bajo, Nusa Tenggara Timur.

“Dalam mesyuarat itu, sejumlah pegawai ASEAN memaklumkan terdapat beberapa negara kuasa besar bersedia untuk bekerjasama dengan blok itu.

“Bagi merealisasikan perkara itu, Arab Saudi, Panama dan Sepanyol perlu menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara (TAC).

“Indonesia akan cuba memastikan perjanjian dan kerjasama itu dapat dimeterai pada tahun ini,” katanya.

Dalam sidang kemuncak yang bermula hari ini, Indonesia mengetengahkan tiga dukungan utama iaitu hal ehwal berkaitan ASEAN seperti ekonomi, sosial dan politik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN