Tentera Ukraine terus mara di Bakhmut, Russia tidak berdiam diri - Utusan Malaysia

Tentera Ukraine terus mara di Bakhmut, Russia tidak berdiam diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Ukraine merekodkan kemaraan baharu hari ini, dalam pertempuran sengit berhampiran bandar timur Bakhmut.

Menurut pihak tentera Ukraine, dalam perkembangan baharu itu, Russia dilaporkan turut menghantar unit baharu termasuk pasukan payung terjun ke kawasan sama.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, dalam rakaman ucapan video, menyatakan serangan Russia yang berterusan di beberapa wilayah, menunjukkan wujudnya keperluan untuk terus memberi tekanan antarabangsa ke atas Moscow.

Kenyataan terbaru mengenai Bakhmut yang dibuat jurucakap tentera, Serhiy Cherevatyi, menunjukkan tentera Russia berjaya diusir di beberapa kawasan.

“Kami berjaya menjalankan operasi pertahanan, serangan balas dan pada hari ini unit kami berupaya menyelusup sehingga 500 meter (m) di beberapa bahagian,” katanya kepada televisyen Ukraine.

Beliau berkata, pihaknya tidak melihat sebarang tanda tentera Russia kekurangan peluru, yang mana bercanggah dengan kenyataan ketua tentera upahan Russia, Kumpulan Wagner, Yevgeny Prigozhin, yang menyelaras serangan Bakhmut.

“Musuh berusaha habis-habisan untuk mengambil alih bandar ini, menyerang dengan semua sistem dengan segala kebolehan yang ada.

“Mereka memindahkan unit baharu ke sana (ke Bakhmut), terutamanya pasukan payung terjun, dalam usaha untuk mencapai beberapa kejayaan,” katanya.

Moscow melihat Bakhmut, iaitu sebuah bandar dengan kira-kira 70,000 penduduk sebelum pencerobohan Russia, sebagai batu loncatan dalam menawan seluruh kawasan perindustrian timur Donbas yang bersempadan dengan negara itu.

Namun, pegawai Ukraine memberi isyarat bahawa kemaraan di sekitar Bakhmut bukanlah sebahagian daripada serangan balas yang lebih luas dirancang Kyiv untuk menyingkirkan tentera Russia.

Penganalisis ketenteraan Ukraine, Oleksandr Musiyenko, berkata pertempuran yang berlarutan itu dilihat menyerupai kekalahan tentera Soviet terhadap tentera Nazi di Stalingrad pada 1943 selepas lima bulan berada dalam medan perang.

“Tentera Russia kehilangan pergerakan di setiap sisi, di mana tentera kami berjaya memotongnya,” katanya kepada NV Radio. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya