Taufan Mawar dijangka badai Guam di AS

Taufan Mawar dijangka badai Guam di AS

TAUFAN Shanshan dijangka menganggu perkhidmatan kereta api di timur Jepun.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HAGATNA: Taufan Mawar dijangka melanda Guam, wilayah Amerika Syarikat (AS) hari ini, dengan membawa angin kencang yang berpotensi menyebabkan kemusnahan besar di pos tentera Pasifik itu.

Menurut agensi meteorologi, taufan itu membawa angin kencang dengan kelajuan maksimum 225 kilometer sejam (km/j).

Jelasnya, ribut itu diklasifikasikan sebagai taufan Kategori Empat yang berbahaya.

Sehubungan itu, pihak berkuasa tempatan mengeluarkan arahan pemindahan penduduk selain membuka pusat perlindungan sementara bagi orang ramai yang terjejas akibat bencana itu.

Presiden AS, Joe Biden juga mengisytiharkan darurat di pulau yang mempunyai kira-kira 170,000 penduduk.

Menurut Agensi Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan di Guam, setakat pukul 1.30 petang (waktu tempatan), taufan itu berada kira-kira 70 kilometer (km) tenggara pulau itu.

“Laluan semasa Taufan Mawar menunjukkan kebarangkalian tinggi melintasi Guam,” jelas agensi itu sambil menambah keadaan semakin merosot di pulau itu.

Selain itu, amaran banjir kilat juga dikeluarkan di pulau tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya