Suspek bunuh empat mangsa termasuk pegawai polis Jepun ditahan - Utusan Malaysia

Suspek bunuh empat mangsa termasuk pegawai polis Jepun ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Polis Jepun menahan seorang lelaki yang didakwa membunuh empat orang, termasuk dua pegawai polis, dalam serangan berdarah petang semalam.

Menurut polis, Masanori Aoki, 31, ditahan di rumahnya di luar sebuah ladang berhampiran bandar Nakano.

“Kes ini adalah satu tindakan keji yang amat mengejutkan bukan sahaja kepada penduduk serantau tetapi masyarakat keseluruhannya.

“Kita perlu menyiasat perkara ini secara menyeluruh dan melihat gambaran sebenar termasuk bagaimana dan mengapa,” kata Ketua Polis Wilayah Nagano, Iwao Koyama kepada pemberita.

Beberapa media tempatan melaporkan Aoki adalah anak kepada speaker dewan bandar Nakano dan tinggal bersama ibu bapanya di rumah yang menjadi lokasi dia bersembunyi semalaman sebelum ditahan.

Lapor media Jepun, Aoki bertindak menyerang beberapa individu dengan pistol dan pisau petang semalam.

Suspek kemudian didakwa menikam seorang wanita hingga maut dan menembak mati dua anggota polis dengan senapang memburu berhampiran rumah bapanya.

Seorang wanita warga emas turut ditemukan cedera dan tidak sedarkan diri di luar rumahnya ketika kejadian namun kemudian disahkan meninggal dunia.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya