Sembilan maut insiden rempuhan di stadium El Salvador - Utusan Malaysia

Sembilan maut insiden rempuhan di stadium El Salvador

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAN SALVADOR: Sembilan peminat bola sepak maut dalam rempuhan di stadium El Salvador, semalam ketika menonton kejohanan tempatan.

“Jumlah kematian selepas rempuhan di Stadium Cuscatlan berjumlah sembilan,” kata Polis Awam Negara di Twitter.

Agensi keselamatan juga menyatakan beberapa orang yang cedera, termasuk sekurang-kurangnya dua kritikal, dibawa ke hospital berdekatan.

Polis berkata, laporan awal menunjukkan kumpulan penyokong cuba memasuki stadium di ibu negara Amerika Tengah, San Salvador untuk menonton perlawanan antara pasukan Alianza dan FAS.

Menteri Dalam Negeri El Salvador, Juan Carlos Bidegain, berkata responden pertama perkhidmatan perlindungan awam berada di tempat kejadian dan merawat orang yang terjejas akibat kejadian itu.

Perlawanan itu ditangguhkan apabila kakitangan kecemasan memindahkan orang ramai dari stadium, yang mana ratusan pegawai polis dan tentera berkumpul.

Tragedi berlaku tujuh bulan selepas 135 orang termasuk lebih 40 kanak-kanak maut dalam rempuhan susulan perlawanan bola sepak di Malang, Indonesia. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya