Ribut pasir punca hampir 100 kenderaan berlanggar, enam maut - Utusan Malaysia

Ribut pasir punca hampir 100 kenderaan berlanggar, enam maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ILLINOIS: Ribut pasir yang menjejaskan penglihatan pemandu mengakibatkan kemalangan membabitkan puluhan kenderaan di sebuah lebuh raya di Illinois, Amerika Syarikat (AS).

Kemalangan itu menyebabkan enam terbunuh dan sekurang-kurangnya 24 cedera.

Kira-kira 40 hingga 60 kereta dan 30 kenderaan komersial termasuk trak traktor-trailer terbabit dalam kemalangan sekitar pukul 11 pagi waktu tempatan itu di laluan Interstate 55 (I-55) di selatan Illinois, kata polis negeri.

Dua daripada trak traktor-trailer itu turut terbakar akibat kemalangan itu.

Kemalangan berlaku di laluan kedua-dua hala di laluan I-55 sepanjang hampir dua kilometer dekat pekan Farmersville, kira-kira 200 kilometer ke barat daya Chicago, kata polis.

Lebih 30 orang dipindahkan ke hospital di sekitar kawasan kemalangan, dengan ada yang cedera ringan dan ada juga yang dalam keadaan kritikal, berusia antara dua hingga 80 tahun, kata polis.

Timbalan Ketua Pejabat Koroner Montgomery, Joletta Hill, mengesahkan menerusi telefon bahawa sekurang-kurangnya enam mangsa disahkan maut akibat kemalangan itu tetapi tiada keterangan lanjut diberikan.

Media tempatan menyiarkan video menunjukkan kereta dan trak yang remuk berselerakan, dengan ada yang tersadai di bahu jalan selain sebuah trak yang terbakar ketika ribut pasir masih berterusan.

Polis negeri berkata kemalangan itu berpunca daripada tiupan angin kencang yang membawa debu kotoran dari kawasan perladangan di seberang lebuh raya, yang menghalang penglihatan sama sekali.

Laluan sepanjang 27 kilometer ditutup di kedua-dua hala selama beberapa jam sementara kerja membantu mangsa dan pembersihan dijalankan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya