Rakyat Thailand pilih pembangkang

Rakyat Thailand pilih pembangkang

PAETONGTARN SHINAWATRA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Parti pembangkang Thailand merekodkan ‘kemenangan bergaya’ apabila menyingkirkan parti-parti yang disokong tentera dalam pilihan raya umum negara itu, sekali gus bakal membentuk kerajaan baharu.

Parti Move Forward dan Parti Pheu Thai mendahului kiraan undi dengan 99 peratus daripadanya sudah dikira.

Namun, kedua-dua parti itu mungkin berdepan jalan sukar untuk membentuk kerajaan apabila peraturan Parlimen sebelum ini ditulis oleh junta tentera selepas rampasan kuasa pada 2014.

Bagi membentuk kerajaan dan mentadbir, parti pembangkang perlu membuat perjanjian serta memperoleh banyak sokongan daripada parti lain, termasuk ahli Senat yang dilantik junta.

Kemudian, parti pembangkang perlu mendapat undian untuk menjadi perdana menteri dan seterusnya membentuk kerajaan baharu.

Ketika ini, Parti Move Forward pimpinan Pita Limjaroenrat, 42, mendahului majoriti kiraan undi, diikuti oleh Parti Pheu Thai yang diketuai Paetongtarn Shinawatra, manakala parti Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha, iaitu United Thai Nation ketinggalan di tempat terakhir.

Dalam pada itu, keputusan awal kiraan undi memberi tamparan hebat kepada junta tentera dan sekutunya.

Namun, parti-parti di bawah kuasa tentera berkemungkinan mempunyai peluang untuk memegang jawatan dalam kerajaan baharu memandangkan peraturan Parlimen sebelum ini ditentukan mereka.

Prayut yang mengetuai rampasan kuasa pada 2014 memberi amaran bahawa perubahan dalam kerajaan boleh mencetuskan konflik di negara ini.

Seperti menerima kenyataan partinya tidak mampu meraih undian rakyat, Prayut enggan mengulas lanjut mengenai situasi yang berlaku.

“Saya harap negara ini adakan terus aman dan maju. Saya menghormati demokrasi dan pilihan raya. Terima kasih,” ujarnya kepada media yang menunggunya di luar ibu pejabat United Thai Nation. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya