Pemandu kereta api terharu disambut di stesen terakhir

Pemandu kereta api terharu disambut di stesen terakhir

JOE Crean tidak dapat menahan sebak melihat keluarga, rakan dan penumpang yang menunggunya ketika tiba di stesen Manchester Piccadilly.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang pemandu kereta api yang berkhidmat selama lebih lima dekad menerima tepukan gemuruh daripada ratusan penumpang serta rakan sekerjanya ketika menamatkan perjalanan terakhirnya sebelum bersara dalam satu sambutan menyentuh hati di Manchester baru-baru ini.

Lapor Daily Mail, Joe Crean, dari Glossop di Derbyshire, memandu memasuki ke stesen Manchester Piccadilly Isnin lalu buat kali terakhir setelah berkhidmat membawa ribuan penumpang selama 52 tahun.

Ketika turun dari kereta api, Crean, 69, tidak dapat menahan sebak melihat penumpang dan rakan-rakannya sudah bersedia dengan hadiah dan pelukan bagi menghargai jasa dan pengorbanannya.

Crean turut dipakaikan selempang yang tertera slogan ‘Bersara Secara Rasmi’ selain menerima sijil penghargaan yang merekodkan kerjayanya dengan rangkaian kereta api TransPennine Express.

Lelaki itu dilaporkan mula bekerja di landasan kereta api pada 1971 ketika baru berusia 17 tahun.

Dia bermula sebagai pelayan di dek makanan untuk British Rail sebelum dinaikkan pangkat menjadi pemandu kereta api.

“Saya mempunyai lebih setengah abad kenangan indah di dalam kereta api, dan ia amat bermakna untuk berkongsi perjalanan terakhir saya dengan keluarga saya serta ‘keluarga landasan’ saya.

“Saya tidak sabar untuk meluangkan lebih banyak masa bersama isteri, Christine; anak-anak lelaki saya, Gary dan Shane serta saudara-mara yang sanggup datang dari jauh untuk melihat pemanduan terakhir saya,” katanya.

Pengarah Urusan TransPennine Express, Matthew Golton berkata, persaraan Crean menandakan pengakhiran sebuah era, tetapi legasi dan sumbangannya terhadap generasi pemandu kereta api masa hadapan akan terus dikenang.

Selepas video majlis perpisahan yang penuh emosi itu disiarkan di laman Facebook, ribuan warganet meninggalkan komen mengucapkan selamat maju jaya kepada Crean dan memuji dedikasinya sebagai pemandu perkhidmatan awam di negara itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.