Pelancongan global bergantung kepada pelancong dari China - Utusan Malaysia

Pelancongan global bergantung kepada pelancong dari China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Pembukaan pintu sempadan selepas Covid-19 dan kehadiran pelancong China di seluruh dunia akan meningkatkan sektor pelancongan global, menurut pemimpin industri.

Pembuat jet, eksekutif syarikat penerbangan dan pemilik hotel di Forum Ekonomi Qatar pada minggu lalu berkata sebelum ini permintaan untuk pelancongan kurang memberangsangkan, namun pelancong China yang kini dibenarkan melakukan perjalanan akan membantu mengatasi masalah berkenaan.

Perjalanan ketika musim panas dijangka mengembalikan trafik syarikat penerbangan yang kali terakhir dilihat ketika sebelum penularan pandemik berkenaan iaitu pada Disember 2019.

Seorang eksekutif berkata, pelancong China yang berbelanja akan memainkan peranan penting untuk membangkitkan serta memberi tekanan kepada sektor itu.

Kumpulan hotel Accor meramalkan jutaan pelancong China akan meningkatkan tabung industri itu dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Ketua Eksekutif Qatar Airways, Akhbar Al-Baker berkata semua pesawatnya dalam kapasiti penuh ketika meninggalkan China.

“Bukan sahaja mereka sanggup membayar tambang yang saya minta kerana kekurangan kapasiti yang tersedia untuk mereka, tetapi jumlah wang yang mereka belanjakan di kedai bebas cukai kami di lapangan terbang (Doha) adalah lebih daripada warganegara lain,” katanya.

Sementara itu, jutawan yang juga pemilik kumpulan hospitaliti Minor International, William Ellwood Heinecke, berkata pada suku pertama tahun ini, jumlah pelancong China ke Thailand adalah 85 peratus lebih rendah berbanding 2019.

“Saya fikir kami masih dalam pemulihan, tetapi yang lebih penting kami belum melihat pelancong China kembali ke negara ini,” katanya yang meramalkan ledakan itu akan selesai pada separuh masa kedua.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes, berharap 250 pesawat di bawah seliannya yang ‘direhatkan’ ketika Covid-19 dapat beroperasi semula menjelang Ogos.

“Kami berada dalam kedudukan yang aneh di mana satu minit kami berjuang untuk terus hidup, kemudian mengoperasikan semula 200 pesawat,ia adalah tugas yang besar,” katanya.

Awal bulan ini, Emirates Group yang berpangkalan di Dubai mengumumkan rekod keuntungan sepanjang tahun iaitu sebanyak tiga bilion dolar, menandakan “pemulihan sepenuhnya” daripada wabak itu -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya