Pelajar asing di Britain tidak dibenarkan bawa tanggungan tinggal bersama

Pelajar asing di Britain tidak dibenarkan bawa tanggungan tinggal bersama

BRITAIN mengumumkan pelajar antarabangsa tidak lagi dibenarkan membawa ahli keluarga atau tanggungan mereka untuk tinggal bersama di UK.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak memberi amaran isu migrasi perlu dikawal segera kerana dikhuatiri memberi tekanan besar yang sukar dikawal ke atas perumahan, sekolah dan hospital di kebanyakan komuniti di negara itu.

Sunak berkata demikian menjelang pengumuman angka baharu berkaitan peningkatan besar jumlah keseluruhan warga asing yang menetap di United Kingdom (UK).

Menurut anggaran terkini, selepas lebih 500,000 warga asing tiba pada 2021, jumlah bersih untuk tahun lalu mungkin melonjak hampir satu juta orang.

BUKAN ANTIPENDATANG

Sunak dan Menteri Dalam Negeri, Suella Braverman melancarkan tindakan tegas terhadap pelajar asing lepasan ijazah yang membawa keluarga ke UK bersama sebagai sebahagian daripada rancangan untuk menurunkan jumlah pendatang di negara itu.

Tetapi dalam satu kenyataan kepada ahli Parlimen, Braverman berkata, angka itu dijangka akan menurun ke tahap prapandemik pada kadar sederhana dan kesannya hanya boleh dilihat dalam jangka masa sekitar lima tahun.

“Kita tidak boleh membiarkan migrasi yang tidak terkawal. Apabila jumlahnya terlalu tinggi dan terlalu pantas, ia boleh menyukarkan komuniti untuk mengintegrasikan pendatang baharu.

“Kami juga tidak boleh membenarkan orang ramai datang ke sini secara haram atas kehendak kumpulan penjenayah. Ia tidak adil kepada mereka yang tiba mengikut peraturan.

“Situasi ini juga jelas tidak adil bagi golongan pencari suaka yang sangat memerlukan bantuan kami tetapi tidak berjaya mendapatkannya kerana sistem suaka kami dipenuhi warga asing yang berasal dari negara selamat,” jelasnya dipetik akhbar The Telegraph.

Sunak menegaskan beliau bukan ‘antipendatang’, sebaliknya sedang berusaha melakukan apa yang dirasakan sebagai tindakan lebih adil dan tepat.

ISU PELAJAR ASING

Selasa Lalu, kerajaan Britain mengumumkan pelajar antarabangsa tidak lagi dibenarkan membawa ahli keluarga atau tanggungan mereka untuk tinggal bersama di UK.

Sunak memberitahu Kabinetnya bahawa kira-kira 136,000 visa diberikan kepada tanggungan pelajar pada 2022, jumlah tersebut meningkat lapan kali ganda daripada 16,000 pada 2019.

“Itulah sebabnya kami menetapkan sasaran untuk menjadi tuan rumah kepada 600,000 pelajar antarabangsa di sini dan mencapainya hampir sedekad lebih awal. Tetapi ini tidak boleh dilakukan dengan mengorbankan komitmen kami untuk menurunkan kadar bersih migrasi.

“Kami akan mengeluarkan hak untuk membawa tanggungan pada laluan visa pelajar melainkan mereka mengikuti program penyelidikan pasca siswazah.

“Angka-angka itu mencadangkan laluan ini mungkin digunakan oleh sesetengah pihak sebagai jalan keluar daripada kawalan, jadi kami akan menutupnya,” tambahnya.

Sunak berkata, beliau akan meneroka pilihan alternatif bagi kelayakan untuk pelajar, seperti sistem yang boleh membezakan antara kualiti institusi.

“Ketika ini, kami masih boleh membenarkan pelajar membawa bersama beberapa tanggungan semasa belajar di universiti kami tetapi pada masa yang sama, menghalang institusi daripada menjual perkhidmatan imigresen dan bukannya pendidikan,” katanya.

Sunak turut menjelaskan, kerajaan negara itu akan menghapuskan keupayaan menukar visa pelajar kepada visa kerja sebelum pengajian tamat.

Katanya, pakej tersebut mencapai keseimbangan yang tepat antara usaha bertindak tegas menangani jumlah migrasi dan pada masa sama melindungi faedah ekonomi yang boleh dibawa oleh pelajar ke UK.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya