Pegawai kerajaan India arahkan empangan dikeringkan untuk cari telefon jatuh - Utusan Malaysia

Pegawai kerajaan India arahkan empangan dikeringkan untuk cari telefon jatuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seorang pegawai kerajaan digantung tugas selepas dia mengarahkan sebuah empangan dikeringkan sepenuhnya bagi mencari telefonnya yang hilang.

Para petugas mengambil masa selama tiga hari untuk mengeringkan empangan tersebut selepas Rajesh Vishwas menjatuhkan telefonnya ke dalamnya ketika mengambil swafoto.

Ketika ditemukan, telefon itu sudah pun dimasuki air dan tidak boleh lagi berfungsi.

Vishwas memaklumkan, dia terpaksa berbuat demikian kerana telefon tersebut mengandungi data kerajaan yang sensitif dan perlu disimpan.

Namun, dia didakwa kerana menyalahgunakan kuasa.

Insiden itu berlaku di Empangan Kherkatta di negeri Chhattisgarh.

Mulanya, Vishwas mengupah khidmat penyelam untuk mencari telefonnya, namun gagal sebelum dia membuat keputusan untuk mengeringkan air dalam empangan tersebut.

Katanya, dia sudah memperoleh kebenaran untuk melakukan tindakan tersebut dan mengalirkan air yang dipam ke saliran air berhampiran.

Vishwas mempertahankan tindakannya dengan menyatakan air tersebut boleh digunakan para petani untuk tanaman mereka, terutamanya sawah padi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya