NATO rancang buka pejabat perhubungan di Jepun

NATO rancang buka pejabat perhubungan di Jepun

YOSHIMASA Hayashi ditemubual oleh CNN di Tokyo, Jepun. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Jepun dalam proses perbincangan untuk membuka sebuah pejabat perhubungan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang bakal menjadi pertama seumpamanya di Asia.

Perkara itu didedahkan oleh Menteri Luar, Yoshimasa Hayashi dalam satu wawancara eksklusif CNN, ketika pemimpin itu menegaskan pencerobohan Russia di Ukraine menyebabkan dunia menjadi tidak stabil lagi.

“Ketika ini, kami sedang mengadakan rundingan namun butirannya belum dimuktamadkan lagi,” katanya seminggu sebelum Sidang Kemuncak Kumpulan Tujuh (G7) yang akan diadakan di Hiroshima.

Hayashi juga menyifatkan pencerobohan Russia di Ukraine sebagai satu peristiwa yang mempunyai kesan melangkaui sempadan Eropah sehingga memaksa Jepun menilai semula keselamatan serantau.

“Tujuan kita berbincang mengenai perkara ini kerana sejak insiden pencerobohan Russia di Ukraine, dunia sudah menjadi tidak stabil.

“Konflik yang berlaku di Eropah Timur tidak hanya terhad di negara itu sahaja malah memberi kesan secara langsung kepada situasi di Pasifik.

“Itu sebabnya kerjasama antara negara di Asia Timur dan NATO menjadi semakin penting,” katanya.

Jelas Hayashi, meskipun Jepun bukan negara anggota NATO, namun langkah itu menghantar mesej bahawa rakan kongsi blok Asia Pasifik itu `sedang melibatkan diri dengan cara yang sangat mantap’ dengan pakatan itu.

Pembukaan pejabat perhubungan NATO di Jepun menandakan perkembangan penting bagi pakatan Barat di tengah-tengah isu geopolitik yang semakin mendalam.

Malah, langkah itu juga berkemungkinan menerima kecaman hebat daripada kerajaan China yang sebelum ini memberi amaran terhadap tindakan sedemikian.

Rabu lalu, Nikkei Asia pertama kali melaporkan rancangan pembukaan pejabat perhubungan di Jepun, dengan memetik kenyataan dari pegawai Jepun dan NATO yang namanya tidak didedahkan.

Dilaporkan, NATO juga mempunyai pejabat perhubungan serupa di beberapa negara lain termasuk Ukraine dan Vienna.

Minggu lalu, Nikkei melaporkan pejabat perhubungan baharu di Jepun itu berupaya meningkatkan perbincangan dengan rakan kongsi keselamatan NATO seperti Korea Selatan, Australia dan New Zealand berhubung isu geopolitik, cabaran teknologi baharu dan ancaman siber.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya