Montana jadi negeri AS pertama haramkan TikTok - Utusan Malaysia

Montana jadi negeri AS pertama haramkan TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Montana menjadi negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mengharamkan aplikasi media sosial TikTok yang dibangunkan China.

Gabenor Republikan, Greg Gianforte, menandatangani rang undang-undang (RUU) berkaitan semalam, lapor agensi berita Jerman (dpa).

“Untuk melindungi data peribadi penduduk Montana daripada Parti Komunis China (CCP), saya mengharamkan TikTok di Montana,” ciap Gianforte selepas menandatangani RUU itu.

Peraturan baharu itu melarang gedung aplikasi App Store daripada menawarkan aplikasi perkongsian video itu mulai 1 Januari 2024 selain dan menghalang TikTok daripada beroperasi sebagai perniagaan di negeri berkenaan.

Selagi pentas media sosial itu masih tersedia, penyedia aplikasi perlu membayar denda AS$10,000 (RM45,270) setiap hari.

Pengguna bagaimanapun tidak akan didenda dan mereka yang sudah mempunyai aplikasi itu pada peranti mereka tidak terjejas.

TikTok masih belum memberi maklum balas terhadap perubahan undang-undang itu, namun tindakan undang-undang yang mencabar larangan berdasarkan hak kebebasan bersuara mungkin difailkan.

Dimiliki oleh syarikat China ByteDance, TikTok sudah pun diharamkan pada peranti milik kerajaan di Kanada, Australia, New Zealand, Britain dan AS, di tengah-tengah kebimbangan akan keselamatan siber.

Aplikasi itu mempunyai lebih daripada satu bilion pengguna di seluruh dunia dan digunakan secara meluas di AS dan Eropah.

Popularitinya mencetuskan kebimbangan bahawa pihak berkuasa China dan agensi risikan mungkin menggunakan aplikasi itu untuk mengumpul maklumat daripada pengguna atau menyebarkan pengaruh, namun syarikat itu menafikan dakwaan sedemikian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya