Masih ramai berharap dapat temukan sungai emas bernilai AS$1 trilion - Utusan Malaysia

Masih ramai berharap dapat temukan sungai emas bernilai AS$1 trilion

PETA yang dilukis oleh Earl Dorr memperincikan lokasi penemuan sungai emas yang didakwanya.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SACRAMENTO: Masih ramai penggali dan pelombong percaya penemuan laluan yang hilang di Gua Kristal di kawasan bawah tanah Gurun Mojave, California akan membawa mereka kepada sungai emas bernilai lebih AS$1 trilion (RM4.46 trilion).

Menurut Daily Mail, kisah sungai dipenuhi emas itu diceritakan seorang pelombong koboi bernama Earl Dorr menerusi satu kenyataan bersumpah pada tahun 1934 ketika pengembaraan luar biasanya selama empat hari di kawasan bawah tanah puncak gunung Kokoweef.

EARL DORR

Dorr bersama seorang jurutera yang hanya dikenali sebagai Morton mendapat akses ke sistem gua bawah tanah melalui Gua Kristal Kokoweef, salah satu daripada tiga gua batu kapur besar di dalam gunung itu.

Selepas menuruni sehingga beberapa ribu kaki, mereka menemui kawasan lembah dengan aliran sungai unik seakan air yang bernafas di bawahnya.

Apabila air surut, ia menampakkan pasir hitam yang sangat kaya dengan ketulan-ketulan besar emas.

Dorr berkata, terdapat begitu banyak emas sehingga membuatkan ramai pelombong masih berusaha mencari sungai berkenaan dan mempercayai kewujudan bahan mineral yang boleh menjadikan mereka hartawan sekelip mata itu walaupun selepas lebih 90 tahun kemudian.

Ahli geologi dan ramai pengkritik menyifatkan Dorr sebagai pembohong yang cuba menipu pelabur untuk membiayai pemburuan emas tidak masuk akalnya atau seseorang yang terlalu lama berada di bawah terik matahari padang pasir hingga membiarkan imaginasinya menguasai diri.

Dorr meninggal dunia pada tahun 1957 dengan hanya beberapa ratus dollar di tangannya tetapi masih ramai yang ‘termakan’ kisah kewujudan sungai emas itu, dan sehingga kini lebih 20 terowong di bawah Kokoweef Peak digali menggunakan pelbagai teknologi canggih.

Malah, seorang pemilik kedai barangan tentera di Las Vegas, Larry Hahn bersama 500 pelabur lain mengakui optimis menemukan hasil lumayan dengan usaha mereka melombong di kawasan itu sejak tahun 1977 yang sudah menelan lebih AS$2.5 juta dolar (RM 11.15 juta).

“Kami hanya beberapa kaki jauh sahaja lagi. Dengan nasib baik kami akan dapat menjejakinya tahun ini. Terpulang apa kata pengkritik, tetapi jika kami berjaya, saya akan mengubah kawasan ini menjadi pusat peranginan tertutup dengan kemudahan kereta api laju dari Vegas,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya