Lombong emas terbakar, hampir 30 pelombong maut sesak nafas

Lombong emas terbakar, hampir 30 pelombong maut sesak nafas

AHLI keluarga mangsa menunggu di luar pintu masuk Lombong Emas La Esperanza di selatan Peru. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANAQUIHUA: Sekurang-kurangnya 27 pelombong maut dalam insiden kebakaran di sebuah lombong emas di kawasan pedalaman di selatan Peru kelmarin, sekali gus menjadi satu daripada kemalangan perlombongan terburuk dalam sejarah negara ini.

Ahli keluarga mangsa dilihat berkumpul di lokasi kejadian bagi menunggu maklumat mengenai insan tersayang mereka.

Polis dan pejabat pendakwa raya mengesahkan kejadian itu yang berlaku di terowong di dalam lombong emas La Esperanza 1 di wilayah Arequipa itu disebabkan oleh litar pintas.

Media tempatan melaporkan, kebakaran bermula selepas letupan berlaku di dalam lombong tersebut.

Kebakaran itu memusnahkan sistem sokongan lombong berkenaan yang diperbuat daripada kayu dengan kebanyakan mangsa berada 100 meter di bawah tanah.

Dalam pada itu, pasukan penyelamat memastikan keadaan di sekitar lombong tersebut stabil sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan.

“Kami perlu pastikan lokasi kesemua pelombong berada sebelum masuk ke dalam dan membawa mayat mereka keluar,” kata pendakwa raya awam, Giovanni Matos.

Selain itu, pihak berkuasa juga tidak dapat memastikan berapa jumlah sebenar pelombong berada di dalam lokasi kejadian ketika kebakaran itu berlaku.

Malah, mereka juga tidak dapat menyatakan jika ada mangsa yang terselamat.

Sementara itu, Datuk Bandar Yanaquihua, James Casquino memberitahu media tempatan, kebanyakan pelombong yang terlibat dalam insiden itu berkemungkinan maut akibat sesak nafas dan melecur. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya