Lelaki lepas tembakan di pusat beli-belah di Dallas, sembilan maut - Utusan Malaysia

Lelaki lepas tembakan di pusat beli-belah di Dallas, sembilan maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DALLAS; Sekurang-kurangnya sembilan orang maut dan tujuh cedera dalam satu insiden tembakan rambang terbaharu yang berlaku di sebuah pusat beli-belah di sini, semalam.

Menurut polis, suspek ditembak mati oleh seorang anggota polis yang berada di lokasi kejadian selepas dia melepaskan tembakan di luar pusat beli-belah Allen Premium Outlets di Allen, pinggir utara Dallas di Texas.

Ketua Polis Allen, Brian Harvey berkata, anggota polis itu terdengar bunyi tembakan dan ternampak suspek melepaskan tembakan rambang.

“Anggota polis itu melepaskan tembakan ke arah suspek dan mengenainya.

“Dia kemudiannya menghubungi ambulans,” katanya.

Mangsa yang cedera berusia antara lima hingga 61 tahun, manakala maklumat mangsa yang meninggal dunia tidak didedahkan.

Dalam pada itu, siaran televisyen menunjukkan ratusan pengunjung pusat beli-belah itu keluar dengan tenang dari premis berkenaan selepas keadaa stabil.

Siaran itu turut memaparkan keadaan jalan dipenuhi dengan darah mangsa dan mangsa yang meninggal dunia ditutup dengan kain putih.

Menurut seorang saksi, dia terdengar bunyi tembakan sebelum orang ramai lari bertempiaran menyelamatkan diri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya