Lelaki Iran minum air bergas tanpa makan selama 17 tahun

Lelaki Iran minum air bergas tanpa makan selama 17 tahun

GHOLAMREZA Ardeshiri mendakwa dia tidak makan dan minum apa-apa selain mengamalkan minuman berkarbonat selama 17 tahun. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Seorang lelaki dari Iran mendakwa dirinya hidup dengan hanya mengamalkan minuman berkarbonat selama 17 tahun lalu.

Malah, lelaki pertengahan umur itu juga mendakwa sepanjang tempoh berkenaan dia tidak makan dan minum apa-apa, selain mengambil minuman berkarbonat.

Lapor Mirror, Gholamreza Ardeshiri berkata, dia tidak pernah berasa lapar dan sudah berhenti makan pada Jun 2006, kira-kira 17 tahun lalu.

“Apabila saya berasa letih, satu-satunya perkara saya lakukan adalah minum air berkarbonat seperti Pepsi kerana ia memberikan tenaga.

“Tiada sebarang insiden yang menyebabkan kesannya, malah saya tidak terkejut. Saya masih belum mengetahui sebabnya,” katanya.

Menurut Gholamreza, tabiat itu bermula apabila dia dapat merasakan sesuatu objek seperti rambut berada di dalam mulutnya.

“Saya dapat merasakan seolah-olah rambut ini berada dalam mulut dan hujungnya di perut saya, ia tidak dapat dikeluarkan walau apa pun dilakukannya.

“Rambut itu seperti terseret-seret di kerongkong dan saya rasa sesak nafas, tercekik sehingga tidak tahu apa yang perlu dilakukannya,” katanya.

Gholamreza memberitahu dia pernah berjumpa dengan beberapa doktor namun mereka gagal mendiagnosis penyakit yang dialaminya.

“Saya pernah berada di hospital dari pagi hingga malam namun tiada sesiapa mampu mendiagnosis penyakit saya.

“Tiada rambut di dalam mulut saya, tetapi ia amat mengerikan apabila dapat merasakan kehadirannya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya