Lebih 200 maut akibat banjir, tanah runtuh di Congo - Utusan Malaysia

Lebih 200 maut akibat banjir, tanah runtuh di Congo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KIGALI, Rwanda: Angka kematian akibat banjir dan tanah runtuh di timur Congo kini mencecah lebih 200, kata seorang pegawai ketika usaha menyelamat diteruskan pada Sabtu.

“Sekurang-kurangnya 203 mayat telah ditemukan setakat ini tetapi angka kematian dijangka meningkat,” kata Pentadbir Kalehe Thomas Bakenge kepada media.

Lapor agensi berita Anadolu, banjir yang dicetuskan oleh hujan lebat itu menyebabkan tebing Sungai Chibira pecah, hingga meruntuhkan bangunan dan ramai mangsa tertimbus di bawah runtuhan.

Gabenor Kivu Selatan, Theo Ngwabidje berkata, kerajaan wilayah menghantar bekalan perubatan, menyediakan tempat tinggal dan makanan kepada penduduk yang terjejas.

Katanya, kerajaan turut mengambil langkah mengelak bencana serupa termasuk menempatkan semula penduduk yang tinggal di kawasan berisiko tinggi.

Presiden Felix Tshisekedi mengisytiharkan Hari Berkabung Kebangsaa, esok.

Kejadian tanah runtuh yang meragut nyawa penduduk ketika musim hujan sering dilaporkan berlaku di kawasan itu.

Laporan media memaklumkan lebih 780 isi rumah hilang tempat tinggal berikutan banjir yang melanda wilayah Uvira di Kivu Selatan pada minggu lalu.

Bencana itu berlaku beberapa hari selepas banjir dan tanah runtuh mengorbankan 140 orang di Rwanda dan barat Uganda.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.