Kanada tidak gentar tindakan China usir diplomat

Kanada tidak gentar tindakan China usir diplomat

JUSTIN TRUDEAU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OTTAWA: Perdana Menteri Justin Trudeau menegaskan Kanada tidak akan sesekali gentar dengan tindakan China yang mengusir diplomat negaranya dari Shanghai.

Tindakan itu berikutan Ottawa mengusir seorang diplomat Beijing yang didakwa mengugut ahli Parlimen Konservatif Kanada, Michael Chong yang mengkritik China berkaitan isu penduduk Uighur.

Menurut Trudeau, pihaknya memutuskan untuk mengusir pegawai China itu `sebagai menghantar mesej jelas bahawa Kanada menolak campur tangan negara asing’.

“Kami tidak akan rasa gentar dengan apa sahaja tindakan yang diambil oleh mereka,” katanya kepada wartawan di Ottawa.

Beliau berkata demikian selepas pertikaian yang semakin meningkat menyaksikan Beijing menuduh Kanada cuba `sabotaj’ hubungan dengan rakan dagangan kedua terbesarnya.

Ketegangan semakin memuncak apabila Kanada mengumumkan pengusiran diplomat China, Zhao Wei di pejabat konsularnya di Toronto.

Menteri Luar Melanie Joly menyifatkan tindakan itu sebagai kesungguhan Ottawa untuk mempertahankan sistem demokrasi negara itu.

Pemimpin itu bertindak balas selepas laporan media tempatan mendedahkan agensi perisikan China merancang untuk mengenakan sekatan ke atas Michael Chong dan saudara-maranya di Hong Kong kerana menyokong usul mengecam tindakan Beijing di wilayah Xinjiang sebagai pembunuhan beramai-ramai.  

Beberapa jam kemudian, China bertindak mengusir diplomat Kanada di Shanghai, Jennifer Lalonde dengan mendakwa ahli politik dan media Ottawa menguar-uarkan dakwaan campur tangan asing dalam urusan negara itu.

Beijing menyifatkan langkah itu sebagai tindak balas terhadap reaksi Kanada.

Malah, China juga memaklumkan pihaknya mengemukakan bantahan rasmi dengan Ottawa berhubung pelanggaran undang-undang antarabangsa dan norma diplomatik, selain memberi amaran mempunyai hak untuk bertindak selanjutnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN