Jihad Islam, Israel setuju laksana gencatan senjata

Jihad Islam, Israel setuju laksana gencatan senjata

RAKYAT Palestin dan penyokong Jihad Islam meraikan persetujuan kumpulan itu dengan Israel melaksanakan gencatan senjata di Gaza. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Konflik yang berlaku antara pergerakan Jihad Islam dan Israel ‘dihentikan seketika’ selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan untuk melakukan gencatan senjata.

Persetujuan itu dicapai lima hari selepas konflik berlangsung yang menyaksikan puluhan rakyat Palestin terkorban terkena bedilan serangan udara tentera Zionis di Semenanjung Gaza.

Gencatan senjata itu berkuat kuasa pada pukul 10 malam (waktu tempatan), menurut sumber dari Mesir dan Palestin.

Sebelum itu, puluhan serangan roket dilepaskan dari Gaza ke Israel, namun berjaya dipintas sistem pertahanan Zionis.

Ketenteraan Israel mendakwa, dua roket dilepaskan dari Gaza selepas pukul 11 malam, iaitu satu jam selepas gencatan senjata dikuatkuasakan.

Dalam pada itu, pegawai keselamatan Mesir memaklumkan, gencatan senjata terbaharu itu dipersetujui antara tentera Israel dan Jihad Islam.

Pejabat Perdana Menteri Israel menerusi kenyataan menyatakan, Penasihat Keselamatannya, Tsahi Hanegbi mengucapkan terima kasih kepada Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi berhubung gencatan senjata yang dilakukan.

Ucapan terima masih turut dizahirkan oleh kumpulan Jihad Islam kepada Mesir.

Kumpulan itu turut mengesahkan mereka bersetuju dengan gencatan berkenaan.

Sementara itu, Zionis sekali lagi mengakui membedil Gaza dengan serangan udara bagi menyasarkan anggota Jihad Islam.

Konflik yang berlaku meragut enam nyawa komander tertinggi Jihad Islam dan dua rakyat Israel turut terbunuh. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya