Jet tentera India terhempas atas rumah penduduk, dua maut - Utusan Malaysia

Jet tentera India terhempas atas rumah penduduk, dua maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Dua orang terbunuh selepas jet tentera MiG-21 terhempas atas sebuah rumah di India, hari ini.

Menurut jurucakap polis, Sudhir Chaudhary, juruterbang jet itu terselamat, selain tiga orang turut cedera dalam insiden tersebut.

Dalam pada itu, Tentera Udara India (IAF) mengesahkan kemalangan itu.

“Sebuah jet MiG-21 milik IAF terhempas berhampiran Suratgargh semasa melakukan rutin latihan pagi ini.

“Juruterbang berjaya menyelamatkan diri dan hanya mengalami kecederaan ringan.

“Siasatan akan dilakukan bagi mengenal pasti punca nahas,” jelas IAF menerusi kenyataan.

Jet buatan Russia itu mula digunakan tentera negara ini pada 1960-an. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN