EU mahu kurangkan kebergantungan ekonomi China

EU mahu kurangkan kebergantungan ekonomi China

JOSEPH Borrell bercakap semasa sidang akhbar di istana Steninge di luar Marsta, utara Stockholm di Sweden. - AFP    
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

STOCKHOLM: Kesatuan Eropah (EU) sebulat suara menyokong cadangan untuk mengurangkan kebergantungan ekonomi blok itu terhadap China.

Bagaimanapun, Ketua Dasar Luar EU, Joseph Borell berkata, barisan kepemimpinan blok itu kini perlu memikirkan cara untuk merealisasikan cadangan berkenaan.

Menurut Borell, menteri-menteri luar EU memberi sokongan meluas kepada rancangan menyesuaikan dasar mengenai China bagi memberi penekanan lebih besar terhadap peranannya sebagai saingan politik.

Katanya, sokongan itu dibuat ketika pemimpin itu terus juga melihat Beijing sebagai rakan kongsi dalam isu-isu global dan pesaing ekonomi. 

“Rakan sekerja menyambut baik kertas kerja yang kami bentangkan.

“Mereka bersetuju dengan panduan asas penentukuran semula strategi kami di China.

“Apabila kebergantungan menjadi terlalu besar, ia merupakan risiko,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat di Stockholm.

Mengulas lanjut, Borell berkata, EU terpaksa belajar daripada `kesilapan strategik’ yang dilakukan selama beberapa tahun sebelum insiden pencerobohan Russia di Ukraine kerana terlalu bergantung kepada bekalan gas Russia.

Jelasnya, EU pada masa ini lebih bergantung pada China untuk teknologi utama seperti panel solar dan bahan kritikal berbanding bekalan gas Russia.

“Terdapat banyak kerja dan sudah tentu ia akan mengambil masa untuk mengkaji semula semua hubungan ekonomi EU dengan China,” katanya.

Borell turut menegaskan tindakan blok itu bukan bertujuan `memisahkan’ ekonomi Eropah dan China namun untuk mengimbangi semula hubungan tersebut. – REUTERS    

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN