Doktor kempunan beli tiket Coldplay, ditipu RM3,800

Doktor kempunan beli tiket Coldplay, ditipu RM3,800

PEGUAM Febi Irianto (baju putih) menunjukkan laporan polis yang dibuat seorang doktor selepas ditipu ulat tiket yang kononnya menjual tiket konsert Coldplay. - AGENSI

PALEMBANG: Seorang doktor mengalami kerugian sehingga 12.5 juta rupiah (RM3,801) selepas ditipu membeli tiket konsert Coldplay menerusi orang tengah.

Kompas.com melaporkan, doktor tersebut, Nicho Saputra Nugraha membeli dua tiket konsert kumpulan penyanyi tersebut menerusi satu akaun Instagram.

Peguamnya, Febi Irianto berkata, Nicho awalnya merancang untuk membeli tiket tersebut bagi menyaksikan konsert yang dijadualkan berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno pada 15 November ini.

Jelasnya, rakan Nicho, iaitu Nina kemudiannya mencari tiket menerusi Instagram dan menemukan satu akaun yang dikenali dengan nama @tixconcert.id.

“Selepas diperiksa, mereka yakin akaun itu bukan scammer, ditambah dengan testimoni positif daripada para pelanggan.

“Nina kemudiannya menghubungi pemilik akaun itu menerusi Whatsapp dan melakukan pembelian walaupun harga tiket yang ditawarkan adalah tiga kali ganda daripada harga jualan.

“Selepas menunggu beberapa hari, tiket yang dijanjikan tiada dan Nicho serta Nina mula curiga,” katanya.

Kedua-duanya melihat semula akaun Instagram tersebut, namun sudah dipadam.

Nicho seterusnya melaporkan kes itu kepada polis.

Sementara itu, polis sudah menerima laporan tersebut berserta bukti pembelian.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN