Disney hilang empat juta pelanggan dalam tempoh tiga bulan - Utusan Malaysia

Disney hilang empat juta pelanggan dalam tempoh tiga bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Disney mengumumkan perkhidmatan penstriman perdananya kehilangan lebih empat juta pelanggan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini di tengah-tengah usaha penjimatan kos yang lebih luas oleh syarikat itu.

Pada masa yang sama platform Disney+ mencatatkan kerugian mencecah AS$400 juta (RM 1.7 bilion).

Francais Mickey Mouse, Star Wars dan filem Marvel berada di dalam situasi tertekan untuk menjadikan perniagaan penstrimannya menguntungkan apabila pasaran filem dan televisyen tradisional semakin merosot.

Saham dalam syarikat itu juga dilaporkan jatuh sekitar lima peratus dalam dagangan selepas waktu perniagaan di New York.

Kebanyakan kerugian datang daripada perkhidmatan Hotstar di Asia yang kehilangan hak penstriman perlawanan kriket India tahun lepas.

Disney+ juga kehilangan kira-kira 300,000 pelanggan di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada selepas menaikkan harga langganannya.

Awal tahun ini, gergasi hiburan itu melaporkan kejatuhan pertama dalam bilangan pelanggan dan mengumumkan rancangan untuk memberhentikan 7,000 pekerja.

Beribu-ribu penulis skrip siri televisyen dan filem Hollywood turut mengadakan mogok pertama mereka dalam tempoh 15 tahun minggu lepas, meminta gaji dan keadaan kerja yang lebih baik memandangkan peralihan kepada penstriman menaikkan semula industri televisyen dan filem.

Tindakan mogok itu menyebabkan beberapa projek Disney terjejas, termasuk yang akan dijalankan di Disney+.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya