Dibantah Sherpa, EBC tidak akan dipindahkan segera

Dibantah Sherpa, EBC tidak akan dipindahkan segera

GLASIER Khumbu yang terletak di kaki EBC semakin cepat cair dan menipis sehingga mengundang risiko kepada ratusan pendaki melalui laluan itu. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KATHMANDU: Cadangan kerajaan Nepal untuk memindahkan Everest Base Camp (EBC) ke sebuah tapak baharu, tidak akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Lapor BBC, idea itu terpaksa ditangguhkan selepas mendapat tentangan daripada komuniti Sherpa dan pengendali aktiviti pendakian gunung yang lain.

Pemimpin Sherpa menyifatkan langkah itu sebagai tidak praktikal selain menegaskan tiada lokasi alternatif yang sesuai.

“Tiada seorang pun dalam komuniti kami yang menyokong idea pemindahan kem pangkalan Everest.

“Malah, kami merasakan tiada sebab kem pangkalan itu dipindahkan dalam masa terdekat,” kata Pengerusi Khumbu Pasanglhamu, Mingma Sherpa.

Dilaporkan, glasier Khumbu yang terletak di kaki EBCt cepat cair dan semakin menipis sehingga mengundang risiko kepada ratusan pendaki yang melalui laluan itu setiap tahun.

Jun tahun lalu, Kementerian Pelancongan Nepal mencadangkan untuk memindahkan kem pangkalan gunung Everest ekoran pemanasan global dan aktiviti manusia yang menjadikan lokasi kem itu tidak selamat.

Kem pangkalan itu akan dipindahkan ke sebuah tapak baharu terletak pada ketinggian lebih rendah gunung berkenaan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pemandu Gunung Kebangsaan Nepal, Ang Norbu Sherpa turut berpandangan sama.

“EBC sudah bertapak di kawasan itu sejak 70 tahun lalu, mengapa mereka perlu memindahkannya sekarang?,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya