Datuk Bandar beragama Islam dilarang hadiri majlis Aidilfitri di White House - Utusan Malaysia

Datuk Bandar beragama Islam dilarang hadiri majlis Aidilfitri di White House

MOHAMED T KHAIRULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang datuk bandar beragama Islam didakwa dihalang daripada menyertai sambutan Aidilfitri White House semalam yang turut dihadiri Presiden Joe Biden, lapor Agensi Anadolu.

Dalam satu kenyataan, Majlis Perhubungan Amerika-Islam di New Jersey (CAIR-NJ) menyelar tindakan perkhidmatan ‘United States Secret Service (USSS)’ terhadap Datuk Bandar Mohamed T Khairullah yang sudah lama berkhidmat di New Jersey.

Menurut CAIR-NJ, White House hanya memaklumkan beliau tidak dibenarkan masuk sejurus sebelum majlis bermula.

Pengarah Eksekutif CAIR-NJ, Selaedin Maksut dalam satu kenyataan berkata tindakan itu disifatkan sebagai satu penghinaan dan tidak boleh diterima.

“Kami meminta Rumah Putih supaya mengetepikan keputusan itu dan menjemput semua Datuk Bandar, membatalkan senarai pantau dan mengemukakan permohonan maaf kepada Datuk Bandar,” kata Maksut.

Jurucakap USSS, Anthony Guglielmi dalam satu kenyataan mengesahkan Khairullah tidak dibenarkan masuk ke Rumah Putih untuk turut sama menghadiri majlis berkenaan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya