Biden desak Kongres lulus RUU haramkan senjata api - Utusan Malaysia

Biden desak Kongres lulus RUU haramkan senjata api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menggesa Kongres meluluskan rang undang-undang yang mengharamkan senjata api selepas insiden tembakan terbaharu di Texas, lapor Agensi Anadolu.

“Sekali lagi, Kongres mesti menyerahkan kepada saya rang undang-undang yang mengharamkan senjata api dan magazin kapasiti tinggi.

“Menggubal pemeriksaan latar belakang, penyimpanan selamat dan menamatkan imuniti buat pengeluar senjata, maka saya akan tandatanganinya segera.

“Kita perlu pastikan persekitaran ini selamat,” kata Biden di Twitter.

Seramai lapan orang terbunuh dalam kejadian tembak di sebuah pusat membeli-belah di bandar Allen, Texas, kira-kira 48.2 kilometer di utara Dallas pada Sabtu lau.

Dalam kejadian itu, suspek yang merupakan seorang lelaki mati ditembak oleh seorang pegawai polis.

Sekurang-kurangnya tujuh lagi mangsa berusia 5 hingga 61 tahun dimasukkan ke hospital akibat kecederaan.

Tiga daripada mereka dilaporkan dalam keadaan kritikal, manakala empat lagi stabil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya