Beruang serbu garaj bakeri kebas 60 kek cawan

Beruang serbu garaj bakeri kebas 60 kek cawan

BERUANG itu makan kek cawan di dalam kotak yang diheret keluar dari garaj bakeri tersebut. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HARTFORD: Seekor beruang liar bertindak ganas dengan menyerbu garaj sebuah kedai bakeri di Connecticut, Amerika Syarikat (AS) dan mencuri kira-kira 60 biji kek cawan sebelum melarikan diri.

Lapor The Guardian, beruang hitam yang dalam kelaparan itu dikatakan berkeliaran di sekitar kawasan di bandar Avon untuk mencari makanan.

Ketika kejadian, pekerja di Taste by Spellbound sedang memuatkan beberapa kotak kek ditempah ke dalam van untuk penghantaran apabila haiwan liar itu muncul di garaj premis berkenaan.

Pemilik bakeri, Miriam Stephens menerusi catatan di Instagram memaklumkan dia terdengar jeritan pekerjanya, Maureen Williams yang meminta tolong selepas beruang hitam menceroboh garaj premisnya.

Menurut Williams, dia menjerit bagi menakutkan haiwan itu namun beruang terbabit tetap kembali semula sebanyak tiga kali.

“Beruang hitam itu juga cuba menyerang pekerja berada di sekitarnya sehingga kami terpaksa lari keluar garaj tersebut,” katanya kepada stesen televisyen WTNH.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan detik cemas beberapa pekerja berusaha menghalau beruang liar itu, melarikan diri dalam keadaan lintang-pukang selepas haiwan terbabit cuba menyerang balik mereka.       

Video itu juga menunjukkan aksi beruang liar itu menyeret kotak berisi kek cawan dari garaj ke tempat letak kereta.   

Stephens mendakwa beruang liar itu sudah makan kira-kira 60 biji kek cawan yang ditempah oleh pelanggan.

Berdasarkan laporan agensi alam sekitar, kira-kira 1,000 hingga 1,200 beruang hitam tinggal di Connecticut.

Malah, kejadian beruang keluar hutan kerap berlaku sehingga penampakan haiwan liar itu direkodkan di 158 daripada 169 bandar di negeri itu pada tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.