Berang telefon dirampas, pelajar sembur lada pada guru

Berang telefon dirampas, pelajar sembur lada pada guru

PELAJAR itu menuntut guru tersebut memulangkan semula telefon bimbit yang dirampasnya. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NASHVILLE: Gara-gara berang telefon bimbit dirampas, seorang pelajar di Tennessee, Amerika Syarikat (AS) bertindak menyemburkan semburan lada terhadap gurunya semasa sesi pembelajaran di sekolah.

Lapor Daily Mail, rakaman video yang memaparkan guru sekolah itu disembur dengan penyembur lada sebanyak dua kali, tular dalam media sosial.

Dalam video tersebut, pelajar perempuan itu dilihat menyerang guru lelaki itu dengan menyemburkan semburan lada pada wajahnya ketika dia melarikan diri dari bilik darjah.

“Dia menyembur lada pada muka guru itu sambil menuntutnya untuk memulangkan semula telefon bimbitnya.

“Kedengaran pelajar lain ketawa dan bergurau ketika guru itu menjerit lalu terjatuh ke lantai. Namun, pelajar perempuan itu gagal mengambil balik telefon bimbitnya.

“Malah, individu yang merakam kejadian itu menjerit dan menyifatkan pelajar itu bertindak gila,” jelas laporan itu.

Menurut pengguna akaun yang memuat naik video tersebut di platform Reddit, kejadian itu berlaku di Sekolah Tinggi Antioch di Nashville.

Ketika kejadian, pelajar itu sedang menghantar teks pesanan di telefon bimbitnya serta melakukan carian di Google bagi menyelesaikan kerja rumahnya.

“Semasa serangan itu, kakitangan lain cuba membantu memandangkan gadis itu berulang kali mendesak gurunya memulangkan semula telefon bimbitnya.

“Pelajar itu sekali lagi menyembur semburan lada terhadap gurunya ketika sedang bercakap dengan pendidik lain,” jelas laporan itu.   

Pengguna akaun mendakwa guru terbabit sebelum ini pernah ditumbuk oleh pelajar lain di sekolah berkenaan, kira-kira dua bulan lalu.   

Kejadian itu dikatakan berpunca akibat tindakan guru itu merampas telefon bimbit daripada seorang pelajar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.