Belgium beri elaun kepada pekerja berbasikal ke tempat kerja - Utusan Malaysia

Belgium beri elaun kepada pekerja berbasikal ke tempat kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUSSELS: Belgium akan mula memberikan elaun kepada pekerja yang berbasikal ke tempat kerja, bermula Isnin.

Bayaran elaun itu adalah sebahagian daripada perjanjian yang dibuat oleh firma sektor swasta dan kesatuan sekerja pada Januari, menurut Agensi Anadolu.

Mereka yang menunggang basikal ke tempa kerja akan menerima elaun sebanyak €0.27 (RM1.33) setiap kilometer, yang dikecualikan cukai dan tertakluk kepada pelarasan tahunan mengikut inflasi.

Had harian untuk elaun ditetapkan pada 40 kilometer, bayaran akan dibuat setiap bulan bersama gaji tetap.

Selain basikal konvensional, pemberian elaun itu juga terpakai untuk penggunaan e-basikal dan basikal bermotor elektrik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN