‘Anda yakin saya di Selatan Thai?’

‘Anda yakin saya di Selatan Thai?’

TAMIM DAHRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Anda yakin saya berada di Selatan Thai?”

Begitulah kata-kata aktivis, Tamim Dahri Abdul Razak yang kini sedang disiasat berhubung isu yang mencetuskan ketegangan antara kaum dan agama di negara ini.

Dalam satu hantaran ringkas di aplikasi Threads semalam, Tamim yang seakan-akan mencabar pihak berkuasa turut mengakhiri ayatnya dengan tanda pagar #catchmeifyoucan (tangkap saya jika boleh).

Malah, Tamim turut memuat naik satu tangkap layar yang memaparkan gambarnya pada poster individu dikehendaki yang dimuat naik oleh pengguna media sosial lain.

“Kalau polis tidak dapat cari, kita rakyat tolong polis cari dan beri kepada polis,” tulis poster tersebut.

Sabtu lalu, akhbar ini melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang giat menjejaki Tamim dan seorang penceramah bebas, Zamri Vinoth yang dipercayai melarikan diri ke Thailand.

Kedua-duanya akan dibawa pulang ke negara ini bagi menghadapi pertuduhan di mahkamah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, pihaknya melalui Pegawai Perhubungan Keselamatan (SLO) PDRM di Thailand turut bekerjasama dengan pihak berkuasa negara itu bagi mengesan kedua-dua individu berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN