Batalkan sahaja konsert Coldplay - MUI - Utusan Malaysia

Batalkan sahaja konsert Coldplay – MUI

NAIB Pengerusi MUI, Anwar Abbas membantah penganjuran konsert Coldplay di Jakarta pada November ini kerana menyifatkannya bertentangan dengan agama. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Majlis Ulama Indonesia (MUI) menyifatkan penganjuran konsert kumpulan penyanyi Coldplay pada November ini di Stadium Gelora Bung Karno adalah bertentangan dengan Pancasila dan Undang-Undang Dasar 1945 negara ini.

Naib Pengerusi MUI, Anwar Abbas berkata, kerajaan seharusnya tidak hanya memikirkan soal ekonomi tetapi juga menghormati isu berkaitan akhlak, moral dan budaya bangsa yang boleh ‘terkikis’.

Kata Anwar, hal itu kerana kumpulan penyanyi berkenaan secara jelas menzahirkan sokongan terhadap kegiatan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

“Dalam Perlembagaan Indonesia Fasal 29 ayat (1) Undang-Undang dasar 1945 jelas menyatakan negara ini berdasarkan Tuhan Yang Maha Esa.

“Ertinya, tidak boleh ada sebarang kegiatan yang kita lakukan bertentangan dengan ajaran agama.

“Tidak ada satu pun agama daripada enam agama utama di negara ini membenarkan dan menerima kegiatan LGBT,” katanya.

Sehubungan itu, Anwar berharap kerajaan dapat bersikap lebih sensitif demi kesejahteraan beragama di negara ini.

Sebagai reaksi, Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Sandiaga Uno menyifatkan pandangan yang dilontarkan MUI itu tidak menyeluruh.

Katanya, pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan kumpulan ulama mengenai penganjuran konsert berkenaan.

“Kami sudah berkomunikasi dengan para ulama mengenai hal ini. Langkah ini penting untuk memastikan konsert Coldplay berada dalam lingkungan hukum yang sepatutnya.

“Bukan kerajaan tidak sensitif mengenai agama dan amalan LGBT, namun konsert ini hanya mengetengahkan muzik dan sokongan serta pendapat mengenai isu lain adalah bersikap peribadi,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya