Bandar Molar paling banyak doktor gigi di dunia - Utusan Malaysia

Bandar Molar paling banyak doktor gigi di dunia

SETIAP tahun, ratusan ribu pengunjung dari Amerika Syarikat memasuki Los Algodones untuk mendapatkan rawatan gigi secara profesional namun pada kos lebih murah. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY: Sebuah pekan kecil di Mexico yang dihuni kira-kira 7,000 orang mempunyai bilangan doktor gigi paling banyak di dunia.

Ratusan ribu pelancong dari Amerika Syarikat (AS) mengunjungi pekan Los Algodones atau dikenali sebagai Molar City setiap tahun.

Namun, mereka bukannya tertumpu kepada pusat pelancongan tepi pantai, sebaliknya mengunjungi klinik gigi bagi menjalani rawatan gigi yang disifatkan lebih murah, namun hasil kerja yang profesional.

Dianggarkan 600 daripada 7,000 penghuni di pekan itu merupakan doktor gigi dan kebanyakan premis klinik terletak di empat jalan utama.

Antara November dan April, jumlah penghuni di pekan tersebut hampir meningkat dua kali ganda berikutan kemasukan ramai rakyat AS yang mengunjungi pekan terbabit bagi mendapatkan pelbagai jenis rawatan gigi.

Biarpun jumlah klinik gigi terlalu banyak di pekan itu, permintaan orang ramai untuk mendapatkan rawatan kebiasaannya melebihi tahap, sekali gus memberikan keuntungan besar kepada pengusaha klinik.

Selain itu, semua pengusaha melakukan persaingan yang sihat sehingga tiada berlaku pergaduhan sesama doktor gigi.

Setiap daripada mereka akan menawarkan perkhidmatan rawatan gigi yang terbaik dan profesional.

Kebanyakan pengunjung memaklumkan, mereka boleh berjimat antara 50 hingga 70 peratus untuk melakukan rawatan gigi jika berkunjung ke Molar City.

Selain rakyat AS, pelancong dari Kanada dan United Kingdom juga sering mengunjungi pekan tersebut.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya