Bandar 73,000 penduduk bakal ‘ditelan bumi’ - Utusan Malaysia

Bandar 73,000 penduduk bakal ‘ditelan bumi’

KEADAAN hakisan tanah yang teruk dapat dilihat di kawasan kejiranan Maranhao, Brazil. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANHAO: Sebuah bandar dengan kira-kira 73,000 penghuni di Brazil bakal ‘ditelan bumi’ ketika kawasan itu bergelut dengan masalah alam sekitar.

Buriticupu yang terletak di timur laut Brazil berdepan dengan masalah hakisan tanah yang diakibatkan oleh kerja-kerja menebang pokok hutan.

Satu kawah besar sedalam 70 meter terbentuk di kawasan kejiranan, selain tanah runtuh sering berlaku sehingga mampu ‘menelan’ keseluruhan bandar itu dalam tempoh terdekat.

Setakat ini, terdapat 26 kawah besar berukuran lebih 298 meter panjang yang terbentuk dalam tempoh beberapa tahun akibat penebangan hutan berlaku di sekitar bandar tersebut.

Proses membersihkan kawah itu hanya menyebabkan struktur tanah menjadi semakin lemah, sekali gus menyaksikan tanah itu sukar menyerap air.

Pada tahun ini, musim hujan lebat menyaksikan masalah tersebut menjadi semakin teruk sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk.

Selain itu, kerja-kerja perancangan yang kurang daripada pihak berkuasa tempatan menyebabkan masalah di bandar itu menjadi semakin buruk.

Datu Bandar Joao Carlos memaklumkan, situasi di bandar itu ‘amat sukar’ kerana melibatkan pemberian pamasan dalam jumlah yang besar kepada penduduk sekiranya mereka perlu berpindah ke tempat lain.

Dalam tempoh 10 tahun, tujuh orang dilaporkan maut akibat terjatuh dalam hakisan tanah, selain lebih 50 kediaman ranap ditelan bumi.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya