AS kenakan sekatan ke atas ratusan individu, firma berkaitan

AS kenakan sekatan baharu ke atas ratusan individu, firma berkaitan Russia 

TENTERA Ukraine memantau kawasan berhampiran bangunan kediaman yang musnah akibat serangan udara Russia, di bandar Bakhmut, wilayah Donetsk. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengumumkan sekatan ke atas lebih 300 sasaran membabitkan individu dan firma, bertujuan menghukum Russia akibat pencerobohan dilakukan oleh negara itu di Ukraine.

Usaha itu disifatkan sebagai salah satu sekatan paling keras pernah dilaksanakan oleh kerajaan AS.

Langkah itu menyasarkan pengelakan sekatan Russia, pendapatan sektor tenaga masa depan dan rantaian bekalan perindustrian tentera.

Ia juga merupakan sekatan terbaharu dan kawalan eksport menyasarkan Moscow yang ketika ini sudah mencecah ribuan sasaran, dan mengenakan sekatan ke atas Russia.

“Tindakan ini akan menghalang keupayaan Presiden Vladimir Putin melancarkan lagi pencerobohan selain meningkatkan usaha untuk menghentikan cubaan Russia mengelak sekatan,” kata Setiausaha Jabatan Perbendaharaan AS, Janet Yellen dalam kenyataan.

Jabatan Perbendaharaan AS memaklumkan pihaknya mengenakan sekatan terhadap 22 individu dan 104 entiti yang mempunyai hubungan di lebih 20 negara.

Sekatan itu turut merangkumi syarikat yang mengimport, menghantar atau mengeluarkan komponen elektronik, semikonduktor dan mikroelektronik ke Russia.

Sebagai sebahagian tindakan keras AS terhadap pengelakan sekatan dilakukan Russia, Jabatan Perbendaharaan AS turut menyenaraikan individu dan entiti di Switzerland, Jerman dan Liechtenstein dalam sekatan itu.

“Antara sasarannya adalah rangkaian perolehan perkhidmatan perisikan Russia dan ejen termasuk di Liechtenstein dan Belanda.

“Malah, perkhidmatan perisikan luar Persekutuan Russia turut dikenakan sekatan,” jelas kenyataan itu.      

Selain itu, Jabatan Negara AS menyekat harta hampir 200 individu, entiti, kapal dan pesawat serta mengenakan sekatan ke atas Polypus dan perniagaan Russia, Polymetal. 

Sementara itu, Kementerian Luar Russia menegaskan bekas Presiden AS, Barack Obama antara 500 rakyat AS yang akan dikenakan larangan, sebagai tindak balas sekatan terbaharu AS terhadap negara itu.

Individu lain termasuk pengacara televisyen, Stephen Colbert, Jimmy Kimmel dan Seth Meyers.

Menurut kementerian itu, Russia juga menolak permohonan AS yang meminta akses konsular bagi wartawan Evan Gershkovich yang kini ditahan dan berdepan tuduhan pengintipan. – REUTERS   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya