Adik cuba halang abang pukul isteri maut ditikam

Adik cuba halang abang pukul isteri maut ditikam

RUMAH yang menjadi lokasi abang menikam adiknya ketika mangsa cuba meleraikan pergaduhannya dengan isteri. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENGKULU: Seorang lelaki maut ditikam abang sendiri dalam satu kejadian di Seluma, Bengkulu, kelmarin.

Kejadian itu berlaku selepas mangsa dikenali sebagai Sugiharto, 26, yang baru pulang dari bendang melihat kakak iparnya dipukul abangnya di rumah mereka.

Tidak sanggup melihat kejadian itu, mangsa cuba meleraikan pergaduhan pasangan suami isteri tersebut.

Turut berada di rumah itu adalah ibu mereka.

Polis menjelaskan, suspek yang berang dengan tindakan adiknya cuba meleraikan pergaduhannya dengan isteri terus pergi ke dapur dan mengambil pisau.

“Suspek terus menikam perut adiknya menyebabkan mereka sekeluarga terkejut dengan perbuatan itu.

“Mangsa cuba keluar dari rumah, namun terjatuh dan tidak sedarkan diri, manakala suspek melarikan diri,” kata Ketua Polis Semidang, Gema Arozon.

Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital, namun tidak dapat diselamatkan berikutan kecederaan parah yang dialaminya.

Menurut Gema, polis bergegas ke lokasi kejadian dan melakukan pencarian untuk mengesan suspek.

“Suspek ditahan ketika bersembunyi di rumah keluarganya di Bengkulu Selatan,” ujarnya.

Beliau juga memaklumkan, suspek sering memukul isterinya sehingga mendatangkan kecederaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya