54 maut akibat pertempuran etnik di Manipur, India

54 maut akibat pertempuran etnik di Manipur, India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IMPHAL: Sekurang-kurangnya 54 orang terbunuh dalam pertempuran etnik di negeri terpencil, Manipur di India.

Keganasan bermula awal minggu ini selepas komuniti orang asli mengadakan protes menentang langkah memberikan status suku kaum kepada kumpulan etnik utama di Manipur.

Lapor BBC, kumpulan penunjuk perasaan menyerang kediaman penduduk, kenderaan, gereja dan kuil.

Dilaporkan, kira-kira 10,000 penduduk kehilangan tempat tinggal.

Beribu-ribu anggota tentera dikerahkan ke negeri itu sejak pertempuran meletus pada Rabu lalu.

Malah, perintah berkurung dilaksanakan di beberapa daerah selain rangkaian internet turut terganggu.

Beberapa negeri mula membawa pulang pelajar dari Manipur yang terletak di timur laut India dan berhampiran sempadan Myanmar.

Terdahulu, rakaman video tular di media sosial memaparkan bangunan dan kenderaan terbakar dalam rusuhan itu.

Ketua menteri Manipur, N. Biren Singh dalam catatan di media sosial memaklumkan keganasan di Imphal dan beberapa daerah lain berlaku akibat `salah faham antara dua kumpulan masyarakat’. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN