33 maut ditembak ketika bertani di Burkina Faso - Utusan Malaysia

33 maut ditembak ketika bertani di Burkina Faso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OUAGADOUGOU: Sekurang-kurangnya 33 orang maut selepas terkena tembakan yang dilepaskan oleh penyerang bersenjata dalam kejadian di wilayah Burkina Faso.

Gabenor Wilayah Boucle du Mouhoun, Babo Pierre Bassinga, berkata penyerang menyasarkan ‘orang awam’ yang sedang bertani di sekitar sungai kira-kira pukul 5 petang waktu tempatan di Kampung Youlou, Cheriba dengan angka kematian setakat ini seramai 33 orang.

“Keselamatan di kawasan ini sedang dipertingkatkan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Kebanyakan kawasan, termasuk wilayah barat Boucle du Mouhoun dalam keadaan darurat sejak Mac lalu, ketika kerajaan berusaha memerangi serangan pengganas.

Burkina Faso menyaksikan dua rampasan kuasa tentera pada 2022 dan memerangi pemberontakan yang menjejaskan Mali pada 2015.

Sementara itu, sumber tempatan mengesahkan penyerang menunggang motosikal dan melepaskan tembakan secara rambang dan semua mangsa yang terkorban dikebumikan kelmarin.

Orang ramai di Cheriba pula berkata, tiga mangsa cedera dalam serangan itu, selain menjelaskan pelaku membakar harta benda sebelum menembak.

Presiden peralihan Burkina, Kapten Ibrahim Traore yang melakukan rampasan kuasa terbaharu pada 30 September lalu, menetapkan matlamat untuk menawan semula 40 peratus wilayah di negara itu yang dikawal pejuang yang bergabung dengan Al-Qaeda.

Berdasarkan pertubuhan bukan kerajaan, keganasan itu menyaksikan lebih 10,000 terbunuh, selain dianggarkan dua juta orang kehilangan tempat tinggal. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya