10 pelumba rali maut ditembak kumpulan bersenjata di Mexico - Utusan Malaysia

10 pelumba rali maut ditembak kumpulan bersenjata di Mexico

TIJUANA: Sekurang-kurangnya 10 maut dan sembilan cedera semalam apabila kumpulan bersenjata melepaskan senjata ke arah kumpulan pelumba rali di pekan Ensenada, utara Mexico yang bersempadan dengan Amerika Syarikat (AS).

Menurut pihak berkuasa Ensenada dalam kenyataan, serangan itu berlaku ketika kumpulan pelumba itu meletakkan kenderaan mereka di tepi lebuh raya sebelum didatangi kumpulan bersenjata.

Sehubungan itu, satu pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat insiden tersebut dan motifnya.

Dalam pada itu, pelumba yang cedera dihantar ke hopsital bagi mendapatkan rawatan.

Ensenada terletak di negeri Baja California yang sering menyaksikan jenayah bunuh berlaku.

Antara Januari dan April lalu, sebanyak 721 pembunuhan direkodkan di negeri itu. – AFP

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN