Warga emas maut dihempap lembu yang terpelanting 

Warga emas maut dihempap lembu yang terpelanting 

MANGSA maut dihempap lembu terpelanting akibat dilanggar sebuah kereta api express di Rajasthan. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seorang lelaki warga emas di Rajasthan, India maut dihempap seekor lembu yang terpelanting akibat dilanggar sebuah kereta api express.

Lapor Daily Mail, Shivdayal Sharma, 82, meninggal dunia di tempat kejadian akibat dihempap lembu yang terpelanting kira-kira 30.48 meter ke udara selepas dilanggar pengangkutan awam itu.

Insiden aneh itu berlaku di bandar Alwar di Rajasthan, India.

Jelas laporan, siasatan mendapati Shivdayal yang merupakan pesara juruelektrik sedang membuang air kecil di sebuah landasan kereta api di Alwar ketika kejadian itu berlaku.

Menurut laporan, seorang lagi lelaki yang berdiri berhampiran landasan kereta api itu bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Lelaki itu sempat mengelak daripada dilanggar haiwan yang terpelanting ke arahnya,” jelas laporan itu.

Kejadian itu mencetuskan kemarahan orang ramai dan protes menuntut tahap keselamatan dan pengawalseliaan di kawasan landasan kereta api dipertingkatkan bagi mengelakkan insiden serupa berlaku lagi.

Malah, pihak pengurusan di sebuah stesen kereta api juga mengambil langkah dengan memasang pagar di sekeliling landasan untuk mengelakkan lembu berkeliaran.  

Sementara itu, Menteri Pengangkutan Kereta Api India, Ashwini Vaishnaw berkata, kerajaan sedang mengambil langkah untuk menangani masalah itu.

Katanya, tindakan pembuangan sampah merata-rata di landasan kereta api membunuh haiwan berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN