Tentera Sudan setuju bantu proses bawa keluar warga asing

Tentera Sudan setuju bantu proses bawa keluar warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KHARTOUM: Angkatan tentera Sudan bersetuju untuk membantu proses membawa keluar warga asing dari negara itu yang kini dilanda konflik.

Persetujuan itu dibuat di tengah-tengah bunyi tembakan dan serangan udara terus bergema di seluruh Khartoum, meskipun kedua-dua pihak yang bertelagah berjanji melaksanakan gencatan senjata selama tiga hari selepas pertempuran lebih seminggu mengorbankan ratusan orang.

Kenyataan yang memetik ketua tentera Sudan, Abdel Fatteh al-Burhan, menyusul selepas pemimpin pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF), Mohamed Hamdan Dagalo berjanji untuk membuka semula lapangan terbang bagi tujuan proses pemindahan itu.

Siaran langsung televisyen menunjukkan kepulan asap tebal dan bunyi letupan di Khartoum.

Perebutan kuasa antara angkatan tentera Sudan dan RSF menggegarkan negara itu, dengan ratusan individu maut dan ribuan lagi cedera.

Sebelum ini, tentera Sudan dan pasukan RSF mengeluarkan kenyataan untuk melaksanakan gencatan senjata atas dasar kemanusiaan selama 72 jam bermula Jumaat sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Sehingga kini, belum ada tanda menunjukkan kedua-dua pihak mencatatkan kemenangan pantas mahupun bersedia berundur dan berunding.

Tentera Sudan mempunyai kuasa udara manakala RSF berada secara meluas di kawasan bandar termasuk sekitar kemudahan utama di tengah Khartoum.

Semalam, Mohamed Hamdan dalam catatan di Facebook memaklumkan menerima panggilan daripada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres yang menekankan keperluan untuk mematuhi gencatan senjata sepenuhnya dan memberikan perlindungan kepada pekerja kemanusiaan dan perubatan.

Menurut RSF, pihaknya bersedia membuka semula semua lapangan terbang secara separa bagi membolehkan proses pemindahan itu.

Bagaimanapun, lapangan terbang antarabangsa Khartoum dilaporkan terperangkap dalam pertempuran manakala status lapangan terbang lain atau dibawah kawalan RSF pula tidak dapat dipastikan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya