SpaceX rancang lancar roket Starship

SpaceX rancang lancar roket Starship

KAPAL angkasa Starship di kemudahan syarikat SpaceX di Boca Chica, Texas. - AGENSI  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Syarikat SpaceX merancang untuk menjalankan ujian penerbangan pertama kapal angkasa Starship, esok.

Starship merupakan roket paling berkuasa pernah dibina, selain direka khas untuk menghantar kru angkasawan ke Bulan dan misi lain.

Pelancaran roket itu dijadualkan berlangsung pada pukul 7 pagi (waktu tempatan) dari pangkalan Texas syarikat swasta milik hartawan, Elon Musk.

Tarikh alternatif mungkin ditetapkan pada akhir minggu depan sekiranya pelancaran itu ditangguhkan.

Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) memilih kapsul Starship untuk menghantar angkasawan ke Bulan, sebahagian misi Artemis III yang ditetapkan pada awal tahun 2025.

Starship terdiri daripada kapsul boleh guna semula yang membawa kru angkasawan, muatan dan roket penggalak Super Heavy.    

Kapal angkasa Starship setinggi 50 meter itu berada di atas roket Super Heavy yang pada ketinggian 70.10 meter. 

Sebelum ini, SpaceX menjalankan ujian pelancaran 33 enjin Raptor pada roket penggalak peringkat pertama Starship, Februari lalu. – AFP   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN