Singapura laksana lesen digital untuk pemandu teksi dan bas

Singapura laksana lesen digital untuk pemandu teksi dan bas

PEMANDU teksi di Singapura tidak perlu memegang lesen vokasional secara fizikal berikutan pelaksanaan lesen vokasional digital. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Lesen vokasional digital diperkenalkan untuk pemandu teksi, bas, kenderaan sewa persendirian dan omnibus di Singapura berkuat kuasa 1 April 2023.

Lapor Channel News Asia, yang memetik Penguasa Pe­ngangkutan Darat (LTA), lesen vokasional untuk atendan bas juga ditetapkan menjadi digital.

Dilancarkan oleh LTA de­ngan kerjasama Agensi Teknologi Kerajaan, lesen vokasional digital ini akan menjadi pengenalan rasmi bagi pemegang-peme­gang lesen ini.

LTA dalam satu kenyataan memberitahu, lesen digital ini akan tersedia secara automatik pada aplikasi Singpass mulai hari Sabtu dan boleh diakses dalam bahagian ‘Kad Saya’ aplikasi bersama kad pe­ngenalan digital dan lesen pemandu.

Jelas LTA lagi, pengenalan lesen digital itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mendigitalkan lebih banyak perkhidmatannya bagi memberikan kemudahan yang lebih besar kepada orang ramai.

“Dengan pelancaran itu, ia akan dijadikan percuma kepada pemegang lesen vokasional. Mereka tidak perlu lagi bimbang untuk menggantikan kad fizikal yang hilang atau rosak kerana mereka boleh mengaksesnya dengan mudah melalui aplikasi Singpass.

“Lesen vokasional yang didigitalkan juga akan diterima sebagai pengenalan untuk memasuki tempat seperti Pulau Jurong atau kawasan larangan di Lapangan Terbang Changi serta stesen minyak yang menawarkan program kesetiaan untuk pemegang lesen vokasional,” kata LTA.

Yuran permohonan tidak boleh dikembalikan untuk lesen vokasional dan kekal tidak berubah pada S$40 (AS$30.10 atau RM132.62).

Mereka yang lulus ujian lesen vokasional boleh mengharapkan untuk mendapatkan lesen mereka pada aplikasi Singpass dalam masa 20 hari bekerja.

“Dalam pada itu, pemandu boleh terus menyediakan per­khidmatan sebagai pemandu vokasional menggunakan le­sen vokasional sementara yang dikeluarkan kepada mereka apabila lulus ujian lesen vokasional mereka,” kata LTA.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.