Rejim Assad ‘lelong’ dadah Captagon

Rejim Assad didakwa ‘lelong’ dadah Captagon

GAMBAR yang dikeluarkan oleh agensi berita rasmi Syria, SANA menunjukkan pihak berkuasa Syria mempamerkan pil captagon, di luar bandar Damsyik, Syria. -AP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ABU DHABI: Dadah yang sangat ketagihan yang menjadi talian hayat ekonomi rejim Assad, Sy­ria selama sedekad, kini ‘dilelong’ dan berfungsi sebagai cip tawar-menawar bagi menormalkan hubu­ngan negara itu de­ngan negara-negara jiran.

Lapor CNN, captagon dadah yang agak tidak dikenali di luar Asia Barat selain membantu Syria berubah menjadi sebuah negara narkotik selepas kebanyakan masyarakat antarabangsa memutuskan hubungan ekonominya kerana berlaku pemberontakan rejim pada 2011.

Dadah ini adalah perangsang jenis amphetamine sintetik, fenethylline yang digunakan de­ngan nama dagang captagon dan Syria menjadi pusat bilangan pe­nangkapan dadah tertinggi di seluruh Asia Barat.

PENGELUAR TERBESAR
Pakar berkata, sebahagian besar pengeluaran captagon global berlaku di Syria dengan rantau Teluk menjadi destinasi utamanya.

Pertumbuhan industri itu bagaimanapun menimbulkan ‘penggera’ dalam masyarakat antarabangsa.

Tahun lepas, Amerika Syarikat (AS) memperkenalkan Akta Captagon AS 2022 yang mengaitkan perdagangan dengan rejim Syria dan menyebutnya sebagai ancaman keselamatan transnasional.

Selepas lebih sedekad memboikot ekonomi Syria, negara-negara jiran juga dilaporkan mahu mengadakan rundingan dengan Presiden Syria, Bashar al-Assad.

Pemimpin Syria itu dikatakan di­terima di beberapa negara Arab tetapi masih belum mempunyai hubungan norma­lisasi mukta­mad dengan Arab Saudi, salah satu musuh tegar Syria tetapi antara pasaran terbesar untuk dadah keluarannya.

Berikutan gempa bumi maut pada 6 Februari lalu yang me­landa selatan Turkiye dan utara Syria, pesawat bantuan Arab Saudi dilaporkan mendarat buat pertama kali dalam tempoh sedekad di lapangan terbang yang dikawal rejim Assad.

RIYADH BERBINCANG DENGAN DAMSYIK
Malah, pada bulan lalu, media kerajaan Arab Saudi melaporkan Riyadh sedang berbincang de­ngan Damsyik untuk menyambung semula perkhidmatan konsular di antara kedua-dua negara.

Media Arab Saudi dikatakan memberi amaran akhir-akhir ini mengenai peningkatan penggunaan dadah di negara mereka.

Pada September tahun lalu, pihak berkuasa Arab Saudi me­ngumumkan rampasan terbesar dadah terlarang dalam sejarah negara itu selepas hampir 47 juta pil amphetamine disembunyikan dalam penghantaran tepung dan dirampas di sebuah gudang di ibu negara Riyadh.

Berjuta-juta pil juga berjaya dipintas pihak berkuasa negara berkenaan.

Penganalisis kanan di New Lines Institute di Washington DC yang mengkaji perdagangan captagon, Caroline Rose berkata, captagon disebut-sebut sebagai ‘kad’ dalam rundingan pemulihan antara rejim Syria dengan negara-negara jiran.

“Rejim Assad memanfaatkan agensinya ke atas perdagangan captagon, memberi isyarat kepada negara-negara yang mempertimbangkan normalisasi bahawa mereka boleh mengurangkan pemerdagangan captagon sebagai satu isyarat muhibah,” kata Rose kepada CNN.

Seorang felo di Brookings Institution di Washington DC, Vanda Felbab-Brown berkata, dieksport oleh beberapa pelaku termasuk penyeludup Syria, Hizbullah Lubnan dan militia Iraq yang pro-Iran, penyeludupan captagon dianggap lebih bernilai daripada undang-undang Syria.

Bagaimanapun Hizbullah dikatakan menafikan hubungannya dengan mana-mana perdagangan dadah.

United Kingdom, yang bulan lepas mengenakan sekatan baharu ke atas rakyat Syria yang berkaitan dengan perdagangan itu berkata, rejim Assad mendapat manfaat daripada perdagangan captagon sehingga mencecah AS$57 bilion (RM234.048 bilion).

Ia secara tidak langsung menggambarkan sebagai talian hayat kewangan untuk Assad yang bernilai kira-kira tiga kali ganda perdagangan gabungan kartel (dadah) Mexico.

Media kerajaan Syria kerap melaporkan mengenai penangkapan dadah captagon, mengatakan bahawa Kementerian Dalam Negerinya sedang membanteras perdagangannya serta narkotik lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya